AG kemalangan..
APA khabar semua. Dah tiga hari AG tak bersiaran. Kalut sikit sebab nak uruskan beberapa perkara. Untuk pengetahuan, AG kemalangan pada malam Sabtu lalu.
Kemalangan berlaku dalam bulatan Pulau Carey dekat Kuala Langat, Banting. Masa itu, AG baru turunkan penumpang dan dalam laluan menghala lebuh raya SKVE untuk pulang ke rumah.
Dah benda nak jadi. Tak ada apa yang AG boleh buat lagi. Syukur tak mengalami kecederaan. AG ok, pemandu yang melanggar AG pun ok.
Cumanya sekarang AG kena pertahankan hak sebagai mangsa kemalangan yang dilanggar dari belakang. Untuk lebih tepat lagi, di bahagian pintu tempat duduk (penumpang) belakang.
Ini gara-gara pemandu kereta yang terlibat mati-mati kata AG salah, pada hal dia yang melanggar.
Pening juga AG. Untuk tak mahu kusutkan lagi kepala, AG ajak dia buat laporan polis sahaja.
Biar polis siasat.
Dalam masa sama, AG cuba dapatkan maklumat sebanyak mungkin tentang faedah-faedah yang boleh dituntut selaku pemegang polisi insurans.
Tak ada mood nak tulis panjang lebar. Nanti kalau ada perkembangan tentang siasatan, AG akan kongsi bersama. Doakan semua berjalan lancar.