Bola SepakSukan

Mengharap pertaruhan Liridan berbaloi

SEMALAM skuad Harimau Malaya mendapat khabar gembira apabila pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi mendapat taraf warganegara negara ini.

Ini bermakna Liridon. 28, yang berasal dari Kosovo itu menjadi pemain kedua antarabangsa selepas Mohamadou Sumareh diangkat sebagai pemain naturalisasi beraksi dalam Liga Malaysia dan mewakili skuad kebangsaan.

Cetusan ilham daripada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin ini merupakan langkah berani bertujuan untuk menguatkan barisan skuad Harimau Malaya yang sedang menghadapi kempen sengit dalam kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Tindakan FAM ini harus dipuji dan pada masa yang sama keputusan memilih Liridon diharap langkah yang tepat kerana sudah terlalu lama rakyat negara ini kempunan untuk menyaksikan penampilan Malaysia di pentas Piala Dunia.

Terlalu banyak untuk diceritakan tentang kisah suka duka skuad kebangsaan. Rakyat Malaysia tahu.

Aksi di Sukan Olimpik pernah dan Piala Asia pun sudah (dua kali menang tempat ketiga).

Hanya Piala Dunia menanti kisah seterusnya. Perlu diingat, kehadiran Liridon bukan satu jaminan macam watak utama filem Captain Marvel kerana pada akhirnya keseluruhan prestasi pasukan bergantung kepada kesebelasan pemain.

Malah, nama besar seperti Lionel Messi pun gagal menjamin Argentina menjulang Piala Dunia untuk beberapa kali.

Namun, di sebalik hakikat itu kemunculan Liridon sudah menjadi bualan ramai dan mereka menunggu hasilnya. Ini resam di negara ini.

Inilah realiti yang terpaksa didepani FAM. Apa pun, syabas kepada FAM kerana berani melangkah ke depan.

Pun begitu Harimau Malaya perlu menunggu kelulusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan urusan dokumentasi sebelum boleh menyerap pemain ini dalam skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

Pemain tengah ini besar kemungkinan akan terlepas jadual pertembungan antarabangsa dan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada Mac ini. Malaysia dijadual bertemu Bahrain dalam aksi antarabangsa pasa 21 Mac sebelum berkunjung ke Dubai untuk kempen kelayakan Piala Dunia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Mac.

Selepas itu skuad Harimau Malaya akan pulang ke tanah air untuk persiapan melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit pada 31 Mac.

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button