Sukan

AFF tingkatkan kerjasama bangunkan semula bola sepak di rantau ini

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, setiap negara Asean akan meningkatkan kerjasama dalam mencari jalan hala tuju bola sepak pasca Covid-19.

Menurutnya, semua pihak harus ada suara dalam mencari jalan terbaik buat industri bola sepak untuk kekal makmur seandainya Covid-19 tidak dapat dibendung sepenuhnya.

Ekoran Covid-19, Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada Julai lalu mengumumkan penundaan baki semua kejohanan bola sepak dan futsal di bawah naungan badan induk itu, termasuk Piala AFF yang ditangguhkan ke April hingga Mei tahun depan.

“Kami mengharapkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara anggota AFF agar dapat membantu ahli gabungan menaikkan standard bola sepak Asia Tenggara terutama ketika berdepan senario ketidaktentuan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas turut serta dalam Kongres AFF ke- 27 yang diadakan secara maya, semalam.
Kongres yang diadakan menerusi persidangan video atas talian itu turut disertai Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal selaku Ahli Majlis AFF dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, yang juga Ahli Majlis Gantian AFF.

Related Articles

Antara agenda lain turut dibincangkan ialah mengenai penyata kewangan untuk tahun berakhir 31 Disember 2019 dan laporan aktiviti badan induk itu sepanjang 2020. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button