fbpx
Banjir

Mangsa banjir di Melaka kekal 199

JUMLAH mangsa banjir yang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka kekal 199 orang daripada 48 keluarga setakat pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, kesemua mangsa terlibat dipindahkan dari Kampung Tehel dan Kampung Parit Gantong di Jasin serta Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing di Alor Gajah.

Beliau berkata, 121 mangsa daripada 29 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel.

Manakala 65 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Gantong, kedua-duanya di daerah Jasin.

“Di daerah Alor Gajah pula, PPS SK Durian Tunggal menempatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga.


“Keadaan cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah setakat ini dan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata paras air sungai di Sungai Duyong, Jasin menunjukkan trend menaik.

Manakala Sungai Durian Tunggal, Alor Gajah menunjukkan trend menurun. – SM

 

(Visited 31 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button