Politik

Afdlin Shauki tak puas hati kalah rebut jawatan Ketua Bahagian PKR Setiawangsa

Buat laporan polis

INI bukan pertandingan Maharajalawak atau pertandingan biasa-biasa. Dari pentas hiburan hingga ke pentas politik, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi dan keseriusan yang dirasai oleh Aflin Shauki nampaknya tidak terbendung.

Tidak puas hati dengan kekalahan merebut jawatan Ketua Bahagian Setiawangsa dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, figura umum itu bertindak membuat laporan polis.

AFDLIN SHAUKI bercakap dengan wakil media massa usai membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur.

Laporan dibuat terhadap Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kerana gagal mengurus perjalanan pengundian dengan baik apabila Afdlin mendakwa wujudnya banyak penipuan.

Beliau berkata, laporan polis dibuat terhadap JPP kerana gagal bertindak apabila aduan kelemahan diajukan sepanjang pemilihan berlangsung.

“Kami punya laporan polis terhadap JPP, banyak benda mereka lakukan menimbulkan syak wasangka dan benda-benda mereka lakukan terang-terang salah

“Kami sudah buat laporan kepada JPP sebelum ini tapi tidak ada maklum balas. Yang ada senyap dan sunyi. Oleh itu kami buat laporan polis untuk lakukan siasatan,” kata Afdlin kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pudu hari ini.

Beliau turut mendakwa terdapat kertas undi yang hilang apabila jumlah undi yang diumum JPP dengan jumlah undi di tempat mengundi bahagian Setiawangsa berbeza dengan ketara.

“Jumlah undi diumum di tempat mengundi adalah 750 undi namun demikian setelah pengundian fizikal tamat, jumlah undi rasmi yang dikemaskini dalam sistem JPP adalah 528 undi. Berlaku perbezaan sangat ketara dengan 222 undi hilang begitu sahaja,” katanya.

Beliau juga mendakwa pengiraan kertas undi juga dibuat tanpa wakil calon dan bagaimana proses pengiraan dibuat, tidak didedahkan.

Kata Afdlin lagi, JPP juga didakwa turut melakukan kesalahan apabila melantik bekas setiausaha bahagian Setiawangsa sebagai penyelaras tempat mengundi dan suami kepada salah seorang calon wanita bahagian untuk bertugas di dewan tempat mengundi semasa hari pemilihan.

“Pelantikan ini dilihat berat sebelah kerana kedua-dua mereka ini mempunyai hubungan secara langsung dengan calon bertanding dan tiada jaminan ketelusan dan integriti memandangkan mereka juga ahli parti dan bukan pihak berkecuali dan berkepentingan,” ujarnya.

Dalam pemilihan lalu Afdlin tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Bahagian PKR Setiawangsa.

Bahagian itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button