Hiburan
Afdlin Shauki sah bercerai ramadan lalu
MEMASUKI 25 tahun usia perkahwinan, pengakuan bekas isteri Datuk Afdlin Shauki memberitahu bahawa mereka sudah bercerai telah mengejutkan banyak pihak.
Menerusi satu entri dimuat naik Datin Maria Christina Orow Abdullah di Instagramnya, mereka telah bercerai pada bulan ramadan yang lepas.
Namun begitu, kami masih bergelar ibu bapa kepada anak-anak dan memberi sokongan serta kasih sayang sebagai sebuah keluarga,” akuinya.
Maria berkata, perpisahan bukan bermaksud sebuah pengakhiran, tetapi tetap saling berhubung antara satu sama lain apatah lagi Afdlin pernah menjadi insan bermakna dalam hidupnya.
Selain itu, dia berharap semua pihak dapat menghormati privasi dia dan anak-anak. -SM