Politik

ADUN Telok Mas dilucutkan keahlian Bersatu

SALAH seorang dari empat Ahli Dewan Undangan (ADUN) yang menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka iaitu ADUN Teluk Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dilucutkan keahlian Bersatu serta-merta.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Katanya, tindakan gugur keahlian Noor Effandi itu dibuat mengikut Fasal 10 Perlembagaan parti berkenaan.

“Ketetapan itu juga akan disahkan pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Hamzah berkata, Biro Politik Bersatu berpendirian kemelut politik di Melaka perlu diselesaikan mengikut lunas Perlembagaan Negeri Melaka dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button