Politik

Adik TYT Sabah calon Warisan di DUN Sungai Sibuga

ADIK perempuan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menjadi calon Warisan di kerusi Dewan Undangan Negeri, Sungai Sibuga.

Armani Mahiruddin, 54  diletakkan di kawasan yang menjad kuat bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang memegang kerusi DUN itu sejak 1994 tetapi tidak bertanding kali ini.

Bagi Armani yang mewakili Warian, DUN Sibuga dianggap sebagai kerusi keramat kerana pernah dimiliki oleh Musa dan untuk menang di situ sudah tentu satu cabaran yang besar.

Dalam pertandingan lima penjuru itu Armani berdepan dengan calon Barisan Nasional Mohamad Hamsan Awang Supain.

Dia juga akan ditentang oleh Irwanshah Mustapa dari Parti Cinta Sabah (PCS), Mohd Jain Aliuddin dari arti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Kemellia Hasan dari Parti Liberal Demokratik (LDP).

Beliau juga berpengalaman sebagai Ketua Wanita UMNO di Sungai Sibuga selama 22 tahun yang banyak mendedahkan dirinya kepada penduduk setempat bukan sahaja di Sungai Sibuga, bahkan Sungai Manila dan Gum-Gum.

Armani juga merupakan wanita pertama yang dilantik menjadi timbalan speaker Dewan Negara pada tahun 2009.- SM

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button