Hiburan

“Adakah kelaziman untuk jadi anak seni, ditawar jadi perempuan simpanan ?”- Shatirah

Penyanyi baru, Shatirah Amanda 23, yang baharu sahaja bertapak dalam industri nyayian akui pernah ditawarkan oleh beberapa funder untuk menjadi perempuan simpanan.

Shatirah Amanda bakal mengeluarkan single Langir Bukan Limit

Malahan tawaran itu bukan sahaja terhenti disitu, dia turut didesak untuk berbuat sedemikian agar dapat meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.

Bagi dirinya, bakat merupakan aset utama untuk maju oleh itu dia menolak pelawaan tersebut atas dasar prinsip dan maruah.

“Sejujurnya, mula-mula saya takut juga apabila ditawarkan sebegitu. Pada awalnya saya tertanya-tanya adakah ini sudah jadi kelaziman untuk menjadi anak seni? Namun saya anggap ini sebagai cabaran untuk saya.

“Alhamdulillah saya temui funder yang ikhlas dan single terbaru Langit Bukan Limit ini berjaya disiapkan,” ujar penyanyi yang berasal dari Kelantan ini.

Lagu ciptaan dari pemenang Top 5 Dewi Remaja ini mencetakan  sikap berdikari dan ketabahan wanita yang sanggup menghadapi dugaan dan cabaran.

Mengisahkan semangat wanita kental yang tidak mudah mengaku kalah walaupun terpaksa berjuang bersendirian untuk mencapai cita-citanya.

Harapan penyanyi itu juga agar lagu ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada pendengar yang pernah melalui jalan hidup yang getir dan berani bertindak luar dari kebiasaan dalam mencapai matlamat hidup mereka.

“Alhamdulillah saya temui funder yang ikhlas dan single terbaru Langit Bukan Limit ini berjaya disiapkan,” ujar penyanyi yang berasal dari Kelantan ini.

“Saya berharap para pencinta muzik akan dapat menerima kepelbagaian konsep dan genre yang dibawa kali ini.
“Saya juga mengharap impian dan cita-cita saya untuk memperkenalkan bakat saya ke peringkat antarabangsa pada masa hadapan akan tercapai,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button