Ada sebab Allah pilih kita jadi pesakit Covid-19- Ashraf Muslim
PERNAH dijangkiti Covid-19 merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh pelakon, Ashraf Muslim.
Malah, melihat kepada tingginya angkat Covid-19 hari ini membuatkan ramai yang mula risau dengan keadaan kesihatan mereka.
Ashraf juga sempat mmberi nasihat supaya semua individu mengikut pematuhan operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
“Berhati-hatilah dan jangan ambil sambil lewa dengan Covid-19 hanya kerana anda tidak terkena jangkitan Covid-19.
“Memang selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita bersungguh-sungguh menaikkan ekonomi keluarga masing-masing tetapi perlulah jaga SOP.
“Sayanglah dah elok-elok bilangan Covid-19 jadi satu angka bertambah jadi 3 angka dan malangnya dah empat hari berturut-turut pula tu,” katanya.
Menurut Ashraf, sekiranya berlaku PKP semula, memang akan menyukarkan banyak pihak terutamanya melibatkan komitmen kewangan masing-masing.
Jelasnya. disebabkan itu semua pihak kena main peranan untuk mengikut SOP dan menjaga kebersihan sebaik mungkin.
“Covid-19 tak kenal siapa kita, awak kaya ke? Miskin ke? Datuk ke Tan sri? Badan sado ke kurus kering?
“Mereka yang dah kena Covid-19 pada waktu ini, jangan rasa tertekan. Ada sebab Allah pilih kita untuk menjadi pesakit wabak ini.
“Belajar erti redha, sabar dan bersyukur dalam berkuarantin di wad. Dekatkan diri dengan Allah. Imarahkan wad dgn islam.
“InsyaAllah anda akan tenang disana serta akan dapat nikmat yg kita tak pernah dapat sblum ini,” katanya. -SM