Ada nampak Mommy Happy?
Biarpun masih baru di pasaran, Syarikat Mommy Happy Group Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan nama Mommy Happy kini menjadi pilihan ramai ibu bapa dan guru untuk mendapatkan pelbagai produk pendidikan khususnya untuk anak berusia dua hingga lapan tahun.
Terdapat banyak pilihan produk yang ada dalam rangkaian produk mereka seperti buku pembelajaran, permainan, kad imbasan, buku rujukan ibu bapa dan guru dan pelbagai alat bantu mengajar.
Malah tak kurang juga yang menjana pendapatan dengan menjadi usahawan produk berkenaan.
Pengasas syarikat itu, Siti Sarah Mohd Fauzi, 35, juga cukup optimis dengan sambutan yang diterima.
“Produk kami membantu anak anak untuk belajar membaca, mengira, menulis dan mengaji. Malah turut disertakan kod QR di setiap halaman buku contohnya untuk membuka akses kepada video panduan. Ia turut membantu anak anak untuk membuat ulang kaji,” katanya.
Siti Sarah yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perniagaan berkata, syarikatnya sudah terbukti berjaya melahirkan ribuan usahawan.
Khususnya golongan wanita yang hanya berniaga dari rumah.
“Di era pandemik COVID-19 ini ramai yang bergelut untuk meneruskan survival hidup. Lalu kami mahu mengajak lebih ramai suri rumah dan sesiapa sahaja untuk bergelar Usahawan Mommy Happy. Sambil menambah ilmu, boleh menjana pendapatan dengan cara mudah.
“Tanpa perlu modal tinggi dan berbekalkan semangat yang jitu, rajin dan komited menjual produk dan kerap mengemaskini promosi di media sosial , ejen boleh menarik ramai pembeli. Yuran kini dikenakan dengan harga puluhan ringgit sahaja.
“Tag line atau asas kami sendiri mahu memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada kepada golongan ibu atau suri rumah dan menaikkan semangat anak untuk belajar. Sekali gus, boleh menjadi Usahawan Mommy Happy yang berjaya” katanya.
Siti Sarah berkata, usahawan mereka juga turut dibekalkan dengan ilmu dan tips menerusi kelas yang dilakukan secara konsisten setiap bulan.
“Tidak hanya kelas perniagaan untuk usahawan, anak mereka juga ditawarkan pelbagai kelas ilmu secara percuma seperti kelas membaca, menulis, mengira, mengaji dan melukis.
“Mereka juga tak perlu menyimpan stok produk di rumah kerana kerja pengeposan dan pembungkusan dilakukan pihak kami. Mereka hanya perlu menempah produk diingini menerusi sistem laman sesawang yang disediakan. Bukan hanya pendapatan diraih, usahawan juga layak mendapat bonus dan pelbagai ganjaran,” katanya.
Sementara itu, Program Cabaran 100 Hari Anakku Bijak bersama Mommy Happy dianjurkan terbuka kepada semua ibubapa dan guru dengan menawarkan ganjaran menarik.
Antaranya seperti wang tunai RM5000, komputer riba, gelang emas, barangan permainan kanak kanak dan pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi.
“Mereka yang mempunyai anak anak berusia dua hingga lapan tahun dialu alukan untuk menyertai cabaran ini hanya dengan beberapa langkah mudah.
“Iaitu dengan mendapatkan produk keluaran kami dengan usahawan berdaftar di seluruh negara,” katanya.
Kehadiran produk ini turut bertepatan dengan norma baharu di era pandemik ini saat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian turut dipraktikkan.
Rangkaian produk dijual pada harga yang berpatutan bermula daripada harga serendah RM10 hingga kepada RM150.
Syarikat beribu pejabat di Puncak Alam, Selangor itu juga turut konsisten membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah pendapatan.
Maklumat lanjut boleh layari laman web http://mommyhappygroup.com. -SM