Nasional

Ada koperasi sekolah mampu jana pendapatan hingga RM1 juta

MAMPU menjana pendapatan sebanyak RM1 juta hasil jualan yang dicatatkan koperasi sekolah.

Statistik itu menurut Timbalan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Kamaruddin Ismail membuktikan koperasi sekolah mampu menjana pendapatan dan menyumbang kepada sekolah dan negara.

“Koperasi sekolah hari ini sudah sampai ke tahap yang amat membanggakan. Buktinya terdapat sebanyak 200 buah kiosk tersendiri yang diusahakan oleh sekolah yang bukan saja dapat memberi pendapatan kepada sekolah sendiri, tetapi sekaligus meningkatkan rangsangan ekonomi negara secara amnya

“Keberkesanan sesebuah koperasi harus dilihat dari segi sejauh mana objektifnya tercapai dan kepimpinan sekolah hendaklah mengatur strategi, melaksanakan dan menilai aktiviti yang menjurus ke arah pencapaian objektif yang telah ditetapkan.

“Perhatian juga harus ditumpukan bagi mewujudkan keusahawanan dan perindustrian yang berkualiti dan berkuantiti pada masa hadapan,” katanya.

Kamaruddin berkata demikian menerusi program bual bicara ‘Koperasi Sekolah Dalam Pembangunan Modal Insan yang diadakan dengan kerjasama Angkasa dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melelaui Pusat Alumni mereka baru-baru ini.

Menurut Kamaruddin, sungguhpun hasil pendapatan koperasi kebanyakannya daripada jualan alat tulis, buku dan alatan pembelajaran, namun koperasi sekolah perlu mempelbagaikan barangan dagangan yang dapat memberi unjuran pendapatan sekolah selain menerokai kaedah jualan yang bersesuai seperti urusan perniagaan secara atas talian.

“Matlamat Gerakan Koperasi Malaysia sejak tahun 1922 adalah memfokuskan kepada kesejahteraan anggota yang melibatkan diri dalam penglibatan aktiviti ekonomi dan keusahawanan serta membasmi kemiskinan masyarakat bandar dan luar bandar.

“Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM)  merupakan dokumen strategik yang menggariskan langkah-langkah transformasi yang akan diambil bagi memperkasakan Gerakan Koperasi di Malaysia sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosio-ekonomi Malaysia yang seimbang, inklusif, progresif dan mapan,” katanya yang juga seorang daripada alumni era Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) 1991.

Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr Siti Hartini Azmi

Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr Siti Hartini Azmi, usaha yang diambil pihaknya merupakan salah satu inisiatif melestarikan perkembangan menyebarkan maklumat melibatkan bekas-bekas pelajar pusat pengajian tersebut merupakan antara sasaran penunjuk prestasi utama (KPI) pusat tanggungjawabnya.

“Melihatkan kepentingan pembangunan koperasi sekolah yang dapat membangunkan modal insan secara lebih mapan, perkongsian ini diharapkan dapat membantu alumni-alumni memperkasa pengurusan koperasi dengan lebih baik dan terurus.

“Bukan itu sahaja, sekaligus inisiatif ini dapat menerapkan kepakaran yang ada pada alumni untuk kembali menyumbang bakti kepada masyarakat, bukan hanya tertumpu pada pendidikan dalam kelas semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, program yang dijalankan selama hampir dua jam itu turut membicarakan Evolusi Pembangunan Koperasi yang merangkumi tiga perkara utama iaitu Pembangunan Koperasi Era Selepas Merdeka, Pembangunan Koperasi Era 1980-an dan Pembangunan Koperasi Era 1990-an yang menekankan berkenaan dengan program-program dan galakan penubuhan koperasi sekolah.

Program itu juga ditonton lebih 1,000 orang terdiri daripada guru-guru koperasi, guru-guru sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), para pelajar, alumni-alumni dan orang awam disiarkan menerusi facebook Pusat Alumni UPSI. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button