Parlimen

Program pendidikan, kesedaran bendung salah guna media sosial

PROGRAM pendidikan dan kesedaran yang berterusan cara berkesan membendung penyalahgunaan media sosial terutama yang mencetuskan suasana kegusaran dalam kalangan orang ramai berkaitan vaksin COVID-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, keprihatinan rakyat dan masyarakat mengenai isu tersebut adalah perkara yang terpenting dalam membendung penyalahgunaan media sosial.

Menurutnya, satu Pasukan Respon Pantas yang dianggotai oleh pegawai-pegawai berkemahiran daripada Kementerian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC ) dan Majlis Keselamatan Negara telah juga dibentuk.

“Sepanjang tahun 2020 sehingga sekarang, sebanyak 479 penafian-penafian berita palsu telah pun dapat dilaksanakan sementara pada tahun 2020 sebanyak 416 penafian telah dilaksanakan dan pada tahun ini sebanyak 63 penafian telah dilaksanakan.,” kata Annuar.

Beliau menjawab soalah Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd. Dun di Dewan Rakyat hari ini yang bertanyakan langkah proaktif yang diambil oleh kementerian untuk membendung penyalahgunaan media sosial khususnya aplikasi Whatsapp dan Facebook.

Annuar berkata, sebagai strategi membendung atau mendidik masyarakat, pihak kementerian melalui MCMC telah melancarkan kempen ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ dan ‘Klik Dengan Bijak’.

Kempen tersebut mendapat sambutan yang baik dan turut dijayakan oleh agensi berita yang lain termasuk RTM, BERNAMA dan juga Jabatan Penerangan dan media elektronik, media cetak yang lain.

Selain itu, Kementerian melalui MCMC juga telah mengadakan program advokasi dengan penglibatan masyarakat antaranya program Malaysia ICT Volunteer (MIV). Sepanjang tahun 2020 sebanyak 83 program telah dilaksanakan dan pada tahun ini 25 program telah dilaksanakan sehingga kini.

“Sementara itu, kerjasama rapat dan berterusan dengan pihak penyedia perkhidmatan media sosial atau Social Media Service Provider seperti Twitter, Facebook dan Google sedang diperkemaskan untuk mempertingkatkan peranan sedemikian,” kata Annuar.

Kementerian turut mewujudkan Portal Sebenarnya.my sebagai satu sumber untuk mendapatkan berita-berita yang lebih tepat dan

Menurutnya, dari tahun 2020 sehingga Julai lalu portal tersebut mendapat 186 juta layaran dengan 9.83 juta hits yang menunjukkan peningkatan yang amat tinggi sejak berlakunya penularan COVID-19.

Tambah beliau, penguatkuasaan sedang memberi perhatian untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada khususnya Seksyen 505, Kanun Keseksaan dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Untuk makluman, Kementerian sedang meneliti lebih lanjut perkara ini untuk memastikan kawalan yang berkesan dapat dilaksanakan bagi mengawal penularan berita-berita tidak benar terutama sekali di Whatsapp, Facebook dan juga saluran media yang lain.,” katanya.-SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button