JenayahNasional

Ada cubaan bunuh Siti Kassim-KPN

PENEMUAN bom buatan sendiri di bahagian bawah kereta milik peguam yang juga aktivis hak asasi manusia yang lantang, Siti Kasim, disifatkan umpama cubaan bunuh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis kini giat mengesan suspek melalui cap jari dan bukti lain yang berkaitan.

Beliau berkata, penemuan objek bom itu adalah satu jenayah serius dan ancaman terbabit ‘umpama cubaan membunuh’.

“Siasatan lanjut dijalankan polis Kontinjen Kuala Lumpur,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, polis mengambil tindakan agresif dalam siasatan dan tidak akan membiarkan individu tidak bertanggungjawab melakukan jenayah sedemikian.

“Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi berkaitan kes berkenaan yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor mengesahkan dua objek yang ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kasim di pusat servis kenderaan di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur adalah alat letupan termampat (IED).

Amihizam dilaporkan berkata, ia berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB).

Jumaat lalu, Siti Kasim atau nama sebenarnya, Siti Zabedah Kassim dalam siaran langsung di Facebook akaun miliknya mendakwa keretanya diletakkan objek yang menyerupai bom.

Beliau berkata, dia menyedari objek itu diletakkan di bahagian tayar ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kenderaan pada jam 12 tengah hari. – SM

BACA Siti Kassim terima ancaman ‘bom’!
BACA Siti Kassim sarankan tutup JAKIM gara-gara Bon Odori

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button