AgamaNasional

Siti Kassim sarankan tutup JAKIM gara-gara Bon Odori

FESTIVAL Bon Odori yang diraikan oleh masyarakat Jepun pada 16 Jun adalah satu acara tarian untuk memanggil semula roh datuk nenek moyang mereka.

Sambil menari dalam bentuk bulatan dengan iringan paluan gendang, mereka yang menyertai Bon Odori juga mengenakan pakaian tradisional kimono.

Bon Odori yang lebih ke arah acara keronahian atau spiritual masyarakat Jepun, kini menjadi ikutan segelintir orang Melayu.

Ada yang mempersoalkan upacara Bon Odori yang dilihat cenderung ke arah kekeliruan akidah umat Islam.

Aktivis yang juga bakal menjadi calon pada pilihan raya umum nanti, Siti Kassim berpendapat, yang terkeliru dengan Bon Odori bukan orang Islam tetapi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau dalam hantaran di Facebooknya, Siti Kassim berkata, dalam kehidupan seharian umat Islam tidak ada masalah dengan yang bukan Islam dalam meraikan perayaan atau festival.

“Malangnya akidah JAKIM tidak begitu kuat. Senang mengelirukan,” kata Siti Kassim.

TANGKAP layar hantaran Siti Kassim di Facebook.

Beliau seterusnya berkata, “pada pandangan saya, mereka ini sedang menderita kecelaruan kerohanian (spiritual).

“Festival ini sudah berlanjutan sekian lama . Kenapa baharu sekarang (dibangkitkan)? Mereka tidak seharusnya melayan kita seolah-olah kita tidak berakal.”

Siti Kassim juga berkata, mengapa JAKIM tidak menyuruh orang Islam tinggal sahaja di dalam gua.

“Kerajaan sepatutnya maklumkan kepada JAKIM agar jangan mencampuri perkara peribadi individu. Lebih elok, tutup sahaja JAKIM,” kata Siti Kassim dalam hantarannya. – SM

(Visited 1,154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button