HiburanUncategorized

Achey, Nabil sumbang RM15,000 untuk MAKNA

PELAKON dan pelawak terkenal, Achey dan Nabil mendermakan sebanyak RM15,000 kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia (UPM)- Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES) sempena meraikan Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

Menurut Achey, nilai sumbangan itu berdasarkan jualan daripada produk Sugarbomb X Achey dan Edisi Sugarbomb X LuP’K sepanjang bulan Oktober.

“Asalnya idea untuk buat sumbangan ini tercetus daripada Nabil sendiri. Jadi saya memang sokong memandangkan saya juga pernah melalui pengalaman ahli keluarga turut menghidapi barah payudara.

“Jumlah sumbangan ini adalah satu peratus daripada keuntungan jualan produk kerjasama kami dengan SugarBomb,”katanya ketika ditemui sewaktu sewaktu majlis penyerahan sumbangan cek kepada CANRES.

Sementara itu Achey yang hadir berseorangan tanpa Nabil memberitahu, sumbangan ini juga dalam usaha membuka mata masyarakat mengenai bahaya pembunuh senyap ini.

“Bukan wanita sahaja berhadapan dengan penyakit ini tetapi lelaki juga.

“Kesedaran masyarakat mengenai penyakit ini masih rendah, moga dengan penyelidikan yang dilakukan pihak berkenaan dapat membantu ramai pesakit di luar sana,” Turut hadir pada majlis tersebut, Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim dan Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Zunita Zakaria.

Untuk rekod, Bukan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia disambut setiap tahun pada bulan Oktober dan turut dinamakan sebagai ‘Pink Oktober’.

Sambutan tersebut bagi memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di persada dunia. -SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button