Bola SepakSukan

Klopp reda kebimbangan ditanggung seorang budak lelaki menerusi surat

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang menulis surat kepada idolanya, Jurgen Klopp tentang kebimbangannya memulakan alam sekolah menengah terkejut besar apabila bos Liverpool tersebut secara peribadi membalas kembali kiriman suratnya itu.
Lewis Balfe sebelum ini bimbang untuk memulakan langkahnya meninggalkan sekolah rendah, bulan lalu, dan dia berasa sangat gementar untuk menghadapi alam barunya itu.
Seorang kenalan keluarga mencadangkan kepada kanak-kanak tersebut agar menulis surat kepada salah seorang heronya bagi mendapatkan nasihat, dan sebagai peminat setia Liverpool, Lewis telah memilih Klopp.
Lewis tidak berharap langsung untuk mendapat maklum balas, tetapi minggu lepas, dia menerima sepucuk surat.
Surat itu daripada pengurus Liverpool, dan di dalam warkah tersebut tercatat kata-kata nasihat tentang bagaimana untuk mengatasi kebimbangan yang melanda Lewis.
Klopp berkata: “Helo Lewis, boleh saya berkongsi dengan anda satu rahsia? Saya pernah berasa gementar.
“Secara jujurnya, saya berasa bimbang jika saya tidak memiliki perasaan gementar kerana apabila ia berlaku, ia akan memberi peluang kepada saya menukar tenaga kepada sesuatu yang positif.
“Saya sedar, mungkin kedengaran pelik bagi seorang budak lelaki pada usia anda untuk berfikir Liverpool boleh berasakan apa yang anda sedang alami pada ketika ini, tetapi saya merasainya.
“…anda tidak perlu bimbang tentang perkara buruk yang akan berlaku.
“Seperti yang anda sedia maklum, saya telah ditimpa kekalahan dalam beberapa perlawanan akhir dan ia bukanlah satu perasaan yang bagus, tetapi dengan bantuan keluarga dan teman-teman saya berjaya mengharungi cabaran itu dan kami akhirnya berjaya menikmati saat-saat yang indah.
“Jika saya mengenang kembali detik-detik buruk itu, saya tahu bahawa tiada yang mustahil boleh dilakukan, jadi saya berharap anda bersikap positif terhadap diri sendiri dan nantikan masa cemerlang yang saya tahu anda akan nikmati sepanjang tempoh kedewasaan ini.”
Hari ini, ibu Lewis, Milena memberitahu kepada ECHO: “Lewis berasa sangat terharu, dan benar-benar terkejut, ia sepucuk surat peribadi yang dibalas kembali oleh Klopp. Dia seorang yang sangat baik dan penyayang.
“Kami dengan segera telah pergi ke kedai untuk membeli bingkai gambar kerana Lewis bimbang surat tersebut akan rosak. Surat itu telahpun dibingkaikan dan diletak di atas meja di dalam biliknya.”
Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu belum pernah ke Anfield bagi menyaksikan pelawanan, tetapi dia ada menyertai lawatan ke stadium berkenaan selepas meluangkan masa hujung minggunya di bandar Liverpool dan sempat berkunjung ke kompleks Akademi kelab di Kirkby.
“Saya rasa ia sesuatu yang akan menjadi kenangan manis buatnya dan saya berharap dia akan terus menyimpan surat tersebut sehingga dewasa.
“Jika Lewis berasa gementar, saya berharap dia akan mengenang kembali apa yang telah Klopp nasihatkan kepadanya dan ia akan membantu,” tambah Milena. – LIVERPOOL ECHO – SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button