Nasional

Abdul Hadi dimasukkan ke IJN, stabil

PRESIDEN Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara.

Menurut anaknya, Muhammad Khalil, Abdul Hadi kini berada dalam keadaan stabil namun masih memerlukan pemantauan daripada doktor.

MUHAMMAD KHALIL

Beliau dalam satu kenyataan ringkas di Facebook menafikan beberapa khabar angin yang bersifat tidak benar.

“Mohon doa dan solat hajat khusus kepada Ayahanda Tuan Guru supaya diberikan kesembuhan segera. Beliau kini berada di IJN dalam keadaan yang stabil namun masih perlukan rawatan susulan dan pemantauan oleh doktor.

“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah.

“Insya-Allah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa. Terima kasih,” katanya.

Pada 28 April lalu Abdul Hadi turut dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk tempoh beberapa hari.

Beliau dilaporkan dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan susulan kesihatan pada 1 April lalu dan diarahkan doktor supaya berehat.

Presiden PAS itu sebelum ini dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan mengalami sesak nafas dan dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut pada 15 Februari lalu, sebelum dibenarkan pulang empat hari kemudian.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button