Abang Viva selamat bergelar suami
WIRA yang tidak diundang dan dikenali sebagai Abang viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar, 30, selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya, Evanoza Zakaria, hari ini.
Pasagan ini selamat diijabkabulkan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Ayer keroh, Melaka.
Majlis pernikahan dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Azwan berkata, pada mulanya mereka merancang untuk berkahwin penghujung tahun ini.
“Rancangnya Disember tetapi ramalan cuaca menjangkakan faktor cuaca tidak menentu dan dijangka berlaku banjir di beberapa negeri maka kami mempercepatkan majlis pernikahan,” katanya.
Katanya, lebih mudah untuk mereka berbincang dan bersiap sedia menggerakkan sukeralawan di bawah Gerakan Kebajikan Abang V-V.
Ditanya tentang majlis resepsi, kata Azwan, “kami masih belum tetapkan tarikh resepsi kerana buat masa sekarang, tumpuan kami menjuris ke arah menggetakkan kebajikan,”.
Terdahulu Azwan pernah tular satu Malaysia kerana kesugguhannya membantu mangsa banjir dengan hanya berbekalkan RM50 dan mengunakan kereta Produa Viva memandu dari Melaka ke Kuala Lumpur. – SM