Kedai keranda terbakar, warga emas ditemukan rentung
WARGA emas ditemukan rentung selepas sebuah premis menjual keranda musnah dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya, Melaka pagi tadi.
Mangsa Loh Yock Sit, 77, dipercayai terperangkap dalam bilik air di tingkat dua rumah kedai berkenaan sebelum mayatnya ditemukan pada pukul 5.45 pagi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Yazid Mohd Tahir, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.49 pagi sebelum menghantar empat jentera bomba bersama 26 anggota.
“Mangsa yang dipercayai bekerja di premis itu mungkin terperangkap di dalam bilik air ketika api marak. Api dapat dikawal jam 6.05 pagi,” katanya.
Yazid berkata, sebaik api reda, anggota bergegas masuk ke dalam premis untuk pemadaman lanjut.
“Berdasarkan maklumat awam, mangsa ada di dalam premis dan kami melakukan pencarian sebelum mayat mangsa ditemukan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya. – SM