Politik

Zahid Presiden UMNO yang gagal

1. Tajuddin Rahman kata, Zahid hanya umpan PM Ismail Sabri sebagai poster-boy dan Calon PM UMNO-BN agar Ismail adakan PRU15 awal.

Sebenarnya Zahid yang mahu jadi Perdana Menteri, sekiranya UMNO-BN menang besar.

2. Tajuddin juga kata, ada Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang tidak berani kritik ataupun menentang Zahid kerana sebagai Pengerusi BN, Zahid akan tentukan nama-nama Calon BN dan akan menanda-tangani watikah Calon.

Sesiapa yang dikenal-pasti menentang Zahid, besar kemungkinan tidak akan dipilih jadi Calon pada PRU15.

3. Tajuddin juga kata, beliau tidak takut dipecat dari UMNO.

Tetapi pendedahan mengenai tindak tanduk Zahid didalam parti UMNO amat penting untuk didedahkan kepada Ahli-Ahli UMNO dan Rakyat. Terutama mengenai cubaan kerjasama politik antara Zahid dengan Anwar Ibrahim dan PH adalah benar.

Zahid cuba jatuhkan Muhyiddin Yassin untuk naikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tetapi gagal kerana tidak cukup sokongan Ahli Parlimen dari UMNO.

Sebaliknya, Zahid tarik sokongan dari Muhyiddin Yassin.

Dan dengan kuasa Allah swt, Ismail Sabri yang dilantik jadi Perdana Menteri kerana mendapat sokongan yang cukup dari Ahli-Ahli Parlimen UMNO, BN, PN dan GPS.

4. Helah Zahid untuk jadi Timbalan Perdana Menteri pada Zaman Kerajaan Muhyiddin Yassin – *GAGAL.*

Helah Zahid mahu naikkan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri – *JUGA GAGAL.*

Terkini, Tajuddin mendedahkan bahawa Zahid mahu adakan Pilihanraya Umum awal agar pengundi Cina tidak keluar, BN-UMNO menang besar.

Dan Zahid akan *GULING* (jatuhkan) Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, agar Zahid sendiri akan dinobat sebagai Perdana Menteri ke 10 samada dengan sokongan Annuar Ibrahim (PKR) dan DAP atau tidak, tertakluk kepada keputusan Pilihanraya Umum ke15.

5. Sesungguhnya pendedahan Tajuddin Rahman ini telah *DAMAGE* (merosakkan) Credibility Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dimata rakyat dengan permainan-permainan politik dibelakang tadbir demi kepentingan politik dan peribadi Dato’ Seri Zahid Hamidi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button