Rencah Hidup

Jangan keliru, subsidi minyak masak bersifat sementara, harga ayam pemborong ambil kesempatan!

BELUM pun sampai tarikh 30 Jun, sudah heboh di media sosial Facebook kononnya harga ayam sekilo akan naik mencecah RM15.

Khabar angin ini bukan untuk menakut-nakutkan pengguna sebaliknya ia sekadar peringatan kepada kita semua dan melaporkan kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pegawai-pegawai penguatkuasa turun padang memantau dan mengawal harga ayam mentah.

GAMBAR HIASAN

Kalau ikutkan kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan masih memberi subsidi kepada harga ayam.

Justeru harga siling ialah RM8.90 sekilo tetapi ada pihak yang mengambil kesempatan iaitu pemborong yang menjual kepada peruncit pada harga tersebut.

Kata Ismail Sabri, jika ia berlaku, laporkan segera kepada beliau atau tulis di Facebook beliau supaya Perdana Menteri mengorak langkah yang sepatutnya untuk mengekang kenaikan harga ayam yang dianggap melambung tinggi.

Apabila kerajaan mengumumkan tentang subsidi harga minyak masak tidak lagi dilanjutkan, ramai yang terkeliru dan semestinya pihak pembangkang memandang isu ini sebagai satu isu yang harus ditunggang.

Sebenarnya, ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dan dikeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasti ramai yang masih ingat, hanya satu orang atau ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar membeli barang-barang keperluan.

Oleh itu, bagi memudahkan ketua-ketua keluarga membeli barangan asas termasuk minyak masak, maka minyak masak berbotol diberikan subsidi sementara.

Apabila keadaan negara pulih dan tiada lagi PKP, subsidi sementara yang diberikan ke atas minyak masak botol ditiadakan. Itu sahaja dan bukannya subsidi minyak masak yang diberikan adalah secara berkekalan dan baru-baru ini, ditarik balik. Salah pemahaman sebegitu.

Lagipun, pengguna yang menggunakan minyak masak paket, hanya dibenarkan membeli dua paket minyak masak sahaja dalam satu-satu masa. Jadi sewaktu PKP, subsidi sementara minyak masak berbotol diberi untuk meringankan beban pengguna.

Penternak ayam memberitahu, pihak mereka tidak menaikkan harga ayam kepada pemborong. Bahkan harga dedak juga kekal sama.

Apabila pemborong menjual kepada peruncit pada harga siling subsidi yang diberikan oleh kerajaan, maka peruncit menaikkan harga ayam sekilo dijual pada harga RM11.80.

Itu tidak termasuk upah potong yang dikenakan terhadap pelanggan. Seekor ayam upah potong, 50 sen! Hitung kasar semua seekor ayam dijual kepada pelanggan atau pembeli pada harga RM12.30.

Kata Perdana Menteri Ismail Sabri, “Sepatutnya (harga ayam daripada pemborong) perlu lebih rendah sebab peruncit juga perlu mengambil keuntungan.

Selepas ini bagi memastikan tiada pencatutan harga barang oleh peniaga sebelum tarikh penamatan subsidi ayam dan beberapa barangan lain pada 1 Julai, nyatakan di ruang komen Facebook Ismail Sabri.

“Jika sesiapa ada terjumpa harga ayam naik melambung, nyatakan di ruang komen saya di mana lagi lokasi yang anda semua jumpa ayam di jual mahal melebihi harga siling,” tegas Ismail Sabri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button