Ekonomi

Malaysia komited capai Agenda Pembangunan Mampan – Ismail Sabri

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi bagi mencapai Agenda Pembangunan Mampan seperti mana yang telah termaktub dalam
pelbagai dasar kerajaan termasuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Perdana Menteri turut menekankan usaha Malaysia untuk melaksanakan Agenda
Pembangunan Mampan di peringkat tempatan antara lainnya melalui penubuhan Kumpulan Rentas Parlimen Malaysia Mengenai Pembangunan Mampan (APPGM-SDG) dan Yayasan MySDG.

Ismail Sabri turut menyertai pemimpin Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan dan 12 Ketua Negara/Kerajaan lain di Dialog Peringkat Tertinggi Mengenai Pembangunan Global.

Dalam perhimpunan itu, para pemimpin membincangkan kepentingan perpaduan di peringkat antarabangsa dan
kerjasama yang berkesan dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)
termasuk menggalakkan pemulihan global, pembaharuan tadbir urus global dan
perkongsian pembangunan global yang inklusif.

Di samping menggalakkan lebih banyak pelaburan berasaskan
pembangunan mampan dengan meningkatkan akses kepada pembiayaan hijau dan penciptaan pasaran baru.

Dalam konteks meningkatkan kerjasama antarabangsa dan memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan, Perdana Menteri mengemukakan tiga cadangan khusus.

Cadangan tersebut menyentuh mengenai (i) pengukuhan arkitektur pembangunan
antarabangsa; (ii) pengukuhan sistem pelbagai hala; dan (iii) merealisasikan komitmen untuk menangani krisis alam sekitar dan iklim.

Penyertaan Ismail Sabri di Dialog Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan
Global ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam melaksanakan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan, dan menggalakkan kerjasama antarabangsa yang berkesan untuk membantu negara membangun lain dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan.

Perdana Menteri diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar,
Duta Khas Perdana Menteri ke Republik China, Datuk Seri Tiong King Sing dan
pegawai-pegawai kanan kerajaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button