Nasionalpilihan

Anwar: Usaha martabatkan Bahasa Melayu memerlukan komitmen masyarakat

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memerlukan komitmen seluruh anggota masyarakat.

Oleh yang demikian, beliau menganggap pandangan bahawa usaha memartabatkan Bahasa Melayu akan melemahkan dan melemahkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai sangat tersasar.

“Penguasaan bahasa baik Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Perancis, atau Bahasa Tamil, harus digalakkan bermula dengan Bahasa Melayu sebagai paksi dan keutamaan.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran “Buku Kombo Merdeka 65 Tahun” oleh Sasterawan Negara A Samad Said, di Festival Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada Ahad (12 Jun).

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemberita selepas majlis pelancaran “Buku Kombo Merdeka 65 Tahun” oleh Sasterawan Negara A Samad Said, di Festival Buku Antarabangsa Kuala Lumpur semalam. Foto: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Sementara itu ahli parlimen Port Dickson juga berkata beliau menyokong penuh langkah kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori.

“Saya pastinya menyokong, saya mendukungnya kerana undang-undang sekarang memaksa hakim untuk menghukum tanpa ada pilihan, tetapi dengan pindaan ini memberi ruang kepada hakim menilai fakta dan undang-undangnya dan bukti untuk menjatuhkan hukuman mereka,” katanya.

Pada hari Jumaat, kerajaan menyatakan bahawa ia telah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah. – SM

Artikel berkaitan;

PM arahkan Wisma Putra guna bahasa Melayu 

Hukuman mati mandatori dimansuhkan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button