Luar Negara

Beberapa Negara Terus Halang Tayangan Filem Saidatina Fatima Az-Zahra!

Meskipun mula disiarkan sejak 10 Disember 2021, filem terbitan Enlightened Kingdom dan Hannibal Media terus menerima protese seluruh dunia.

Hal ini demikian kerana filem The Lady of Heaven secara umumnya tampil menceritakan serba sedikit mengenai kisah Saidatina Fatima Az-Zahra.

Selain United Kingdom (UK) menarik tayangan berikutan menerima kecaman yang bertalu-talu daripada umat Islam, Morocco mengikuti jejak yang sama.

Dalam satu kenyataan bertulis, Pusat Sinematografi Magribi (CCM) bertegas filem arahan Eli King itu tidak akan menerima lesen untuk ditayangkan dalam negara itu sama ada untuk tayangan komersial mahu pun kebudayaan.

Menurut laporan Morocco World News CCM, keputusan itu dibuat selepas beberapa jam Majlis Tertinggi Ulama Maghribi mengetahui perkara tersebut.

Filem The Lady of Heaven berkisahkan Saidatina Fatima Az-Zahra dan difahamkan terdapat elemen pemalsuan secara terang-terangan mengenai fakta sejarah Islam.

Saidatina Fatima Az-Zahra merupakan anak perempuan Nabi Muhammad SAW dan menjalaninya kehidupannya dalam tamadun Islam pada abad ke-7.

Filem ini bukan sahaja menampilkan kumpulan pengganas ISIS dengan mengaitkan beberapa tokoh sejarah Islam malah turut memaparkan adegan pembunuhan.

Paling menimbulkan kemarahan, biar pun tidak ditunjukkan wajahnya, watak Saidatina Fatima ditampilkan dengan menutup kepalanya dengan kain hitam.

Dalam masa sama, Qari Asim yang merupakan seorang Imam dan juga penasihat diraja dari kerajaan rasmi telah dipecat kerana mengkritik.

Qari Asim didakwa kerana dengan kritikannya, isu The Lady of Heaven menjadi panas sehingga tercetusnya gelombang protes orang ramai.

Terdahulu beberapa negara yang mempunyai penduduk Islam seperti Pakistan, Mesir dan juga Iran turut mengambil pendekatan mengharamkan filem tersebut.

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button