SULTAN JOHOR Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Bukit Serene di sini pada Ahad (12 Jun).
Sultan Ibrahim dalam muat naik di akaun Facebook rasmi baginda, turut berangkat sama, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani.
Perdana Menteri turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari bersama Baginda Tuanku Sultan.
Terdahulu, Perdana Menteri membuat lawatan mengejut ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Bahru.
Susulan lawatannya, Ismail Sabri berkata dalam catatan Facebook bahawa CIQ akan ditambah baik tidak lama lagi untuk manfaat pengembara. – SM
Artikel berkaitan > PM buat tinjauan mengejut ke Kompleks CIQ BSI