Nasionalpilihan

PM seru utamakan konsep Tasamuh dalam hidup bermasyarakat

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru agar Keluarga Malaysia mengamalkan konsep ‘Tasamuh’ dalam bermasyarakat dan menjadikan ia perkara utama untuk bergerak kehadapan sejajar dengan peredaran masa.

Beliau berkata ‘Tasamuh’ adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud toleransi atau berlapang dada iaitu bersikap menerima dan damai terhadap sebarang keadaan misalnya toleransi dalam agama adalah sikap saling menghormati hak serta kewajipan antara agama.

Perdana Menteri berkata dalam realiti Keluarga Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, sudah pasti kepelbagaian budaya serta adat resam menjadi satu keunikan yang perlu diraikan sekali gus mewujudkan masyarakat aman dan sejahtera.

“Mana-mana budaya yang tidah bertentangan dengan akidah Islam boleh disantuni tanpa sebarang stigma dan diskriminasi.

“Tasamuh adalah asas utama dalam menghadapi keragaman dan perbezaan bangsa dan agama lebih-lebih lagi dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai kepelbagaian bangsa, agama, budaya serta bahasanya.

“Oleh iti, konsep Tasamuh dalam bermasyarakat harus menjadi perkara utama kepada Keluarga Malaysia untuk bergerak ke hadapan sejajar dengan peredaran masa kini,” katanya ketikan berucap pada perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1443H/2022M di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru hari ini. – SM

Artikel berkaitan;

Sultan Johor terima mengadap Ismail Sabri

PM buat tinjauan mengejut ke Kompleks CIQ BSI

 

 

 

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button