Nasional
Malaysia perlu persatuan sebagai suara utama industri
Tan Sri Johan Jaafar menyarankan satu persatuan wartawan ditubuhkan bagi menjadi suara utama industri media.
Tokoh wartawan itu berkata persatuan berkenaan akan bersuara ketika berdepan dengan kerajaan dan pihak pengiklanan serta pendapatan bagi memastikan industri media terus terbela.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel forum Hari Wartawan Nasional yang berlangsung di Melaka.