Jika Yasin Sulaiman Kaya & Anak VIP Pasti Takkan Dikenakan Hukum Gantung!
Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.
Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Mengikut pertuduhan, penyanyi popular dengan lagu Mimpi Laila didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.
Manakala bagi kes yang dikaitkan dengan anak Vincent Tan, polis merampas 54 pokok ganja setinggi tiga hingga empat kaki dan daun ganja seberat 2.6 kilogram.
Selain itu, ditemui juga 48 biji benih ganja dalam serbuan di unit itu yang kesemuanya bernilai kira-kira RM1.21 juta.
Namun demikian, anak Vincent Tan dikatakan menerima peluang kedua dan Yasin setakat ini masih dengan status bakal menerima hukuman gantung.
Inilah bukti rakyat Malaysia jangan jadi miskin dan dengan kekayaaan, ada boleh membeli peguam yang memahami di mana wujudnya kelonggaran dalam perundangan.