Nasional

Tiga lokasi dikenalpasti pasang AED pertama di Perlis

TIGA lokasi tumpuan awam di Perlis telah dikenalpasti bagi pemasangan alat peranti defibrilator luaran automatik (AED) yang pertama di negeri ini.

AED ini adalah alat peranti yang dapat digunakan sebagai bantuan segera jika berlaku kes individu terkena serangan jantung.

Exco Kesihatan Negeri, Teh Chai Ann berkata, alat peranti AED ini akan diletakkan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), jeti Kuala Perlis dan Stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) Arau.

“Dijangka ia bakal diletakkan di lokasi berkenaan dalam tempoh enam bulan lagi,” katanya kepada media selepas melawat ke program Derma Darah anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini hari ini.

Program anjuran SJIM ini serentak di seluruh negara bagi menggalakkan orang ramai menderma darah di tempat yang ditetap mulai pukul 9 pagi hingga 2.30 petang.

Hadir sama Pemerintah Kawasan St. John Ambulans Malaysia Kawasan Kedah Utara, K. Kunna Segaran dan anggota SJIM Perlis.

Chai Ann berkata, pemasangan alat peranti ini adalah kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan SJIM.

“SJIM akan memberikan latihan pada kakitangan yang berada di tempat peranti dan juga orang awam,” katanya.

Beliau berkata, setiap peranti ini berharga RM10,000 lebih dan peruntukan ini telah diluluskan oleh kerajaan pada bajet tahun lalu,” katanya.

Chai Ann berkata, beliau juga akan membawa perkara ini kepada kerajaan negeri untuk dibincangkan supaya dibuat penambahan alat peranti ini di kawasan tumpuan awam yang lain pula.

“Ada beberapa lokasi pelancongan yang sesuai untuk diletakkan alat peranti ini seperti di Padang Besar dan Gua Kelam, Kaki Bukit,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button