KemalanganNasional

Proton Exora JLQ 8473 Punca Rider ‘Terbang’, Cabut Lari Tinggalkan Mangsa!

Sebuah kereta Proton Exora dengan nombor pendaftaran JLQ 8473 dirakam menukar lorong secara melulu di KM24.5 MMR2 menghala ke Ampang.

Akibat tindakan itu, sebuah motorsikal yang bergerak di atas laluannya tidak sempat untuk mengelak lalu merempuh kereta terbabit.

Berdasarkan rakaman dashcam, penunggang motorsikal itu tercampak beberapa meter dan Proton Exora terbabit melarikan diri serta-merta.

Dua-dua salah

Berdasarkan kejadian itu, para netizen mempunyai pendapat yang sendiri dan ada yang mengatakan kedua-duanya salah.

Misalnya penunggang motorsikal bersalah kerana membawa motorsikal dengan laju manakala pembantu kereta bersalah kerana menukar lorong secara melulu.

Apa pendapat anda mengenai kejadian ini? Komen di Facebook Suara Merdeka!

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button