Nasional

UPSI komited lestarikan edutourism, rancakkan perkembangan ekonomi Muallim

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) komited menjadikan pusat pengajian pendidikan tertua itu sebagai universiti mesra komuniti dengan penganjuran pelbagai aktiviti sempena sambutan 100 tahun penubuhannya pada November ini.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff terdapat lebih 100 buah penganjuran acara berkaitan kampus telah disusun dan dilaksanakan bagi membantu pelestarian ekonomi di daerah Muallim.

“Sempena sambutan 100 tahun UPSI yang bermula sebagai Sultan Idris Teaching College (SITC) yang ditubuhkan pada tahun 1922, UPSI telah mengatur pelbagai acara melibatkan acara kesenian, kebudayaan dan sukan antar lainnya akan membantu melonjakkan ekonomi di daerah Muallim serta sekitar,” jelasnya semasa ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa bersama Media dan Rakan Strategik, di Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, semalam.

Md Amin Md Taff berucap pada Majlis Berbuka Puasa UPSI bersama Media dan Rakan Strategik 2022.

Majlis dihadiri editor dan wartawan yang beramah mesra bersama pengurusan tertinggi UPSI sambil menikmati juadah berbuka puasa.

“Lebih membanggakan, baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan UPSI membangunkan pusat latihan dan penyelidikan automotif, dikenali sebagai ‘Center of Advanced Automotive Research and Training’ (CAART) yang akan memberi manfaat kepada warga daerah ini secar amnya,” tambahnya lagi.

Related Articles

Selain pembangunan pusat latihan penyelidikan automotif, UPSI akan menjadi tuan rumah penganjuran Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang bakal berlangsung sekitar Ogos ini tumpuan lebih 10 ribu pengunjung, Festival Filem Pelajar dengan kerjasama Perbadanan Filem Malaysia (FINAS) serta kemuncak sambutan 100 tahun menerusi Majlis Makan Malam Perdana bersama Yang Dipertuan Agong dan Sultan Perak,” tambahnya lagi.

Pada majlis yang sama, Md Amin turut menyampaikan bingkisan raya berupa hamper manisan kepada kira-kira 100 pengamal media termasuk wartawan Suara Merdeka yang hadir serta menzahirkan penghargaan atas sokongan pelbagai agensi berita dan portal atas publisiti dan keterlihatan peranan universiti pada khalayak umum.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Mohd Nasir. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button