Nasional
Gempa bumi 3.7 skala Ritcher di Sabah
GEMPA bumi lemah berukuran 3.7 skala Ricther dilaporkan berlaku di Kundasang, Sabah pada jam 9.28 pagi, hari ini.
Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu berlaku pada jarak 14 kilometer Barat Laut dari Ranau, Sabah.
MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini dan tiada ancaman tsunami kepada negara. – SM