Berita

Raja Muda Perlis seru masyarakat sama-sama kekal Perlis sifar malaria

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak masyarakat supaya bersama-bersama kita kekalkan status sifar Malaria manusia jangkitan tempatan di negara ini.

‘Syarikat-syarikat yang menggaji pekerja warganegara asing perlu memastikan pekerja-pekerja warganegara asing terutama dari negara endemik Malaria disaring penyakit Malaria setiap kali mereka datang ke negara ini’.

‘Individu-individu yang mempunyai sejarah menjalankan aktiviti-aktiviti berisiko jangkitan Malaria dalam masa terdekat juga perlu mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala Malaria seperti demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan’.

Demikian titah baginda menurut siaran media Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis sempena kempen ‘Perlis Hebat ; Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ oleh yayasan berkenaan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) bagi memperingati ‘Hari Malaria Sedunia’ yang disambut setiap tahun pada 25 April.

Hari peringatan tersebut adalah bagi memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan masyarakat dunia berkaitan penyakit Malaria. Tema yang ditetapkan bagi Sambutan Hari Malaria di Malaysia pada tahun 2022 ini adalah ‘Memanfaatkan Inovasi Dalam Mengawal dan Mencegah Kematian Malaria’. Tema sambutan pada tahun ini menggalakkan inovasi serta memperluaskan penggunaan teknologi untuk meningkatkankeberkesanan strategi mengawal Malaria.


Menambah dalam perkara yang sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa walaupun Malaysia telah mencapai sifar Malaria manusia jangkitan tempatan (indigenous) sejak 2018, namun negara ini masih terdedah kepada kemasukkan kes import Malaria manusia yang boleh menjejaskan status Malaysia sebagai negara bebas Malaria manusia jangkitan tempatan.

Terang beliau lagi, ‘Trend peningkatan Malaria zoonotik daripada spesis Plasmodium Knowlesi yang berpunca dari monyet juga amat membimbangkan. Justeru itu, penglibatan semua pihak serta komuniti diseru agar dapat bersama-sama mencegah jangkitan Malaria di negara ini khususnya di negeri Perlis’.

(Visited 83 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button