Ekonomi
Bursa Malaysia dibuka rendah
BURSA Malaysia dibuka pada tahap rendah hari ini, meneruskan prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah yang menyaksikan Dow Jones jatuh sebanyak 0.3%.
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.20 mata kepada 1,594.50, daripada 1,595.70 penutup Khamis.
Indeks utama dibuka 0.88 mata lebih kukuh pada 1,596.58.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 169 berbanding 82, manakala 227 kaunter tidak berubah, 1,774 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 137.26 juta bernilai RM55.86 juta – SM