Pembaca

Siapa yang hancurkan Industri Teksi Negara?

INI pandangan yang dilontarkan oleh Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia merangkap Yang diPertua Gabungan Teksi Malaysia (GTM) Kamarudin Mohd. Hussain berhubung kehancuran industri #Teksi Negara.

Beliau berkata, kehancuran industri teksi negara bukan disebabkan pemandu Teksi tidak mahu melakukan perubahan.

KAMARUDIN HUSSAIN – YDP GTSM

Sebaliknya, dakwa Kamarudin, kehancuran yang berlaku di dalam industri teksi Negara berpunca daripada kerakusan pemerintah terdahalu khususnya orang-orang #Politik dan #Kapatilis.

Beliau mendakwa, pemerintah terdahalu khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat – #SPAD yang dihuni orang-orang Politik seperti Syed Hamid Alba dan lain-lain adalah penyebab utama kerosakkan industri Teksi Negara.

“Saya percaya, ramai yang tidak faham senario sebenarnya dan sekadar memberi komen mengikut fahaman sendiri tanpa memahami keadaan sebenar.

“Sebenarnya #Grab adalah #MyTeksi tetapi kerana pemerintah terdahalu tidak jujur, Grab mengkhianati kami yang memajukan mereka.

“Pada suatu ketika dahulu sebelum MyTeksi menukar nama kepada Grab, hampir 80% – 90% pemandu Teksi di Lembah Kelang menggunakan MyTeksi termasuklah saya sendiri.

“Namun malangnya kerana kuasa #Politik dan #wang, SPAD dan Kerajaan pada masa itu bersekongkol dengan MyTeksi (Grab) membenarkan kenderaan-kenderaan persendirian yang jelas melanggar Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta 715 Akta Pengangkutan Awam Darat beroperasi seperti kenderaan komersial (Teksi) walhal ia satu perbuatan merogol Keluhuran Perlembagaan & Kedaulatan Undang-undang,” dakwa Kamarudin.

Tambah beliau, tidak cukup dengan itu, demi melindungi kepentingan syarikat Kapatilis Grab, SPAD dan Kerajaan mewujudkan peraturan yang berat sebelah dan memihak kepada Grab.

“Malah Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri pada masa itu juga mengalakkan rakyat yang kehilangan pekerjaan agar memandu Grab dan beberapa inisiatif diberikan bagi mengalakkan orang ramai yang kehilangan pekerjaan merompak pendapatan kami dan mengayakan syarikat kapatilis,” kata Kamarudin lagi.

Seterusnya Kamarudin mendakwa, tidak cukup dengan itu, mereka iaitu para pemandu teksi dituduh tidak mahu berubah dan menolak kemajuan teknologi.

“Sehingga kini isu ketidaksamarataan di antara Teksi dan E-hailing terus berlaku walau pun pelbagai usaha telah dilakukan dan Kerajaan telah bersilih ganti.

“Namun malangnya pihak yang menjadi Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan masih enggan membetulkan keadaan dan membiarkan keadaan tidak adil di antara Teksi dan E-hailing terus berlaku.

“Kesudahannya, bukan sahaja pemandu Teksi tidak mampu bersaing, malah pemandu E-hailing juga menderita kerana terpaksa jalan dengan harga sampah,” tegas Kamarudin yang juga lantang dalam melontarkan pandangannya.

Kata Kamarudin, “untuk menyelesaikan masalah tersebut, sebenarnya saya sendiri telah berkali-kali menyarankan kepada Kerajaan supaya mewujudkan peraturan yang adil di antara Teksi dan E-hailing.

“Malah saya juga berkali-kali menyarankan kepada Kerajaan supaya mewujudkan Aplikasi Ehailing milik Kerajaan kerana dengan adanya aplikasi Ehailing milik Kerajaan ini, banyak perkara dapat dilakukan.

“Ia bukan sahaja dapat menyelesaikan isu ketidaksamarataan di antara Teksi dan E-hailing bahkan wang #berbilion #Ringgit yang terkumpul hasil komisyen transaksi tempah penumpang dapat digunakan untuk menaik taraf mutu perkhidmatan Teksi serta menjaga kebajikan pemandu.

“Namun malangnya, sehingga kini tidak ada satu Kerajaan pun yang prihatin terhadap isu ini dan mempunyai hati dan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah ini apatah lagi menjaga kebajikan pemandu (rakyat Marhaen).”

Kamarudin berkata, Kementerian Pengangkutan terus membiarkan rakyat yang memandu Teksi dan E-hailing menjadi mangsa kapatilis, malah Pejabat Perdana Menteri masih terus membisu berhubung surat-surat rintihan yang telah kami hantar berkali-kali.

Fakta ringkas:

Komisyen di antara Teksi 10% dan E-hailing 20% cukup memberi impak yang besar.

Apabila wujudnya perbezaan kadar komisyen diantara Teksi dan E-hailing, syarikat-syarikat Ehailing khususnya Grab akan memanipulasikan tempah penumpang kepada kenderaan-kenderaan Ehailing kerana ia menyumbang keuntungan 20% berbanding Teksi hanya 10%.

Dari segi kadar tambang pula, sepatutnya ia harus dikawal oleh Kerajaan seperti mana Kerajaan mengawal harga #rokok, #petrol, #diesel dan sebagainya.

“Tetapi malangnya, di dalam industri teksi Negara, Kerajaan menyerahkan hak menentukan kadar tambang kepada syarikat-syarikat kapatilis, kesudahannya kami rakyat Marhaen yang memandu kenderaan perkhidmatan awam dijadikan mangsa syarikat-syarikat kapatilis.

“Kesempatan ini, saya ingin mohon simpati rakyat Natizen supaya menilai isu ini dengan hati yang bersih, jangan kita sama-sama bersubahat manabur fitnah dan bersekongkol dengan pihak yang membuat zalim kepada kami yang memandu kenderaan perkhidmatan awam darat Negara, kami adalah mangsa keadaan,” kata Kamarudin. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button