Tesla, Block dan Blockstream bekerjasama melombong Bitcoin menggunakan tenaga solar di Texas
PERLOMBONGAN kriptowang adalah proses menggunakan kuasa pemprosesan komputer anda untuk menyelesaikan persamaan matematik yang kompleks untuk mendapatkan wang digital. Melombong kriptowang, tidak kira matawang yang dilombong memakan banyak tenaga elektrik, yang mana ia telah memperlihatkan banyak kumpulan untuk mencuri tenaga elektrik untuk mendapatkan matawang digital tersebut.
Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Tesla, syarikat pembangun kereta elektrik dan swapandu, Block, sebuah platform pembayaran digital yang sebelum ini dikenali sebagai Square dan Blockstream, sebuah syarikat teknologi rantaian blok dilaporkan akan bekerjasama untuk membangunkan sebuah lokasi yang akan membolehkan mereka melombong kriptowang menggunakan tenaga solar.
Kolaborasi ini dimulakan oleh Block dan juga Blockstream, yang mengatakan bahawa mereka mahu membangunkan sebuah lokasi melombong Bitcoin yang menggunakan tenaga solar sepenuhanya. Tesla dilihat telah dijemput untuk berkolaborasi bersama kerana mereka juga mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk membantu dari segi penawaran teknologi tenaga solar.
Baca artikel ini > Elon Musk tidak bercadang menjual Bitcoin miliknya
Tesla dilihat akan melabur dalam kolaborasi ini dengan menawarkan bateri solar Megapack mereka. Infrastruktur melombong kriptowang ini juga berkemungkinan besar akan dibangunkan di Texas, yang boleh dikatakan sedang membangun sebagai hab teknologi tenaga dan automotif kebelakangan ini. – SM