Rencah Hidup

Celebrity Superstar Asia 2022 tawar RM200,000-Intai penghibur berbakat

CELEBRITY Superstar Asia 2022 bukan sekadar mencari bakat dan wajah yang cantik namun program ini turut mencari nilai-nilai murni yang terdapat dalam diri peserta melalui projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bakal dilaksanakan.

Peserta yang mempunyai bakat yang unik dalam bidang nyanyian, tarian, silap mata, talk show dan pelbagai lagi bakat dipelawa untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Celebrity Superstar Asia 2022 anjuran Quinton Academy, Lomo Pictures, Cineplus Asia dengan kerjasama Broadway Academy ini terbuka kepada peserta yang berumur daripada 18 tahun.

ARON KOH

Pengasas Bersama dan Penerbit Eksekutif Quinton Academy, Aron Koh berkata, Finalis dikehendaki mengeluarkan idea untuk tugasan program CSR masing-masing seperti menolong rumah anak yatim, rumah orang tua atau apa sahaja yang mereka rasakan sesuai.

“Pemenang pertama bakal membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai 100k, dimana wang tunai 10k, mengikuti tiga kursus percuma Quinton Academy serta kontrak artis Cineplus. Tempat kedua pula akan membawa pulang wang tunai 5k. Manakala pemenang ketiga pula akan menerima wang tunai 3k.

“Untuk menyertai pertandingan ini, peserta perlu menghantar rakaman video berdurasi dua hingga tiga minit. Selepas itu pihak juri akan memilih pemenang bagi pusingan pertama. Peserta yang terpilih akan bertanding secara fizikal pula dalam beberapa pusingan sebelum lapan finalis dipilih sebagai pemenang.”

Antara panel hakim yang terlibat dalam uji bakat tersebut ialah Dr. Casey Broadway, Pengasas Broadway Akademi di Malaysia, Encik Ryon Lee (penulis skrip dan pengarah filem) dan Ayez Shaukat ( pengarah aksi terkenal) serta ramai lagi.

Aron Koh menambah, Seperti yang kita tahu, industri hiburan terjejas teruk sewaktu pandemik dan inilah masanya kita bangkit kembali dengan memberi peluang dengan program sebegini.

“Pertandingan ini diujudkan bagi membantu bakat-bakat di Malaysia atau di Singapura, Indonesia dan Brunei untuk mendapatkan sijil. Kami tahu mereka mempunyai bakat namun tiada peluang untuk belajar serta mendalami ilmu lakonan atau yang berkaitan dengan muzik.

“Lapan finalis ini akan terlibat dalam persembahan muzikal bergandingan membawakan lagu-lagu popular kumpulan yang terkenal di Malaysia dan Indonesia. Lagu-lagu kedua kumpulan ini akan dicantum bagi menghasilkan sebuah jalan cerita yang menarik dan harmoni.”

Uji bakat Celebrity Superstar Asia 2022 secara dalam talian dan fizikal telah bermula sejak awal April. Pertandingan ini dijangka akan mengambil masa kira-kira empat bulan sebelum final.

Penganjuran Celebrity Superstar Asia 2022 ini juga antara lain dilihat mampu mengumpul dan sekali gus menyatukan bakat tanpa mengira bangsa. Maklumat lanjut berkenaan pertandingan tersebut boleh didapati di Facebook Quinton Academy dan Lomo Pictures iaitu https://www.facebook.com/cineplus.asia dan Instagram https://www.instagram.com/cineplus.asia/ – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button