NasionalPendidikan

Apa kata Naib Canselor UiTM isu Roshana hina pelajar miskin, B40

SUSULAN penularan video di media sosial yang memperlihatkan tindakan pensyarah UiTM, Roshana Takim menghina pelajar miskin ketika mengendalian kelas dalam talian dan sekali gus, turut menghina golongan B40, Naib Canselor universiti berkenaan, Prof. Datuk Ts Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihak universiti telah meneliti isu tersebut.

Beliau berkata, tiada kompromi diberikan kepada mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik UiTM dengan sengaja ataupun tidak.

“UiTM amat mengutamakan kebajikan seluruh warganya khususnya pelajar dalam menyediakan perkhidmatan terbaik bagi persekitaran pendidikan yang kondusif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kewujudan UiTM adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pembelajaran di peringkat universiti.

“Sememangnya dan sewajarnya UiTM membantu golongan B40. Justeru segala kemudahan pembiayaan melalui dana-dana tertentu disediakan oleh UiTM,” ujarnya.

Beliau berkata, UiTM amat memahami kekangan, kesulitan dan situasi yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.

“Pihak universiti juga telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan para pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelajar, bantuan dari pusat zakat serta pihak alumni,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada para pelajar yang berhadapan dengan sebarang masalah agar berhubung dengan pihak fakulti dan universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yan sewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran.

Itulah kenyataan daripada Naib Canselor UiTM yang sedikit pun tidak menyebut sama ada akan mengambil sebarang tindakan termasuk kaunseling ke atas pensyarah berkenaan.

Dalam hal ini, bukan sahaja kebajikan pelajar perlu dijaga tetapi sekiranya pensyarah berkenaan bersikap di luar batasan atau luar norma, maka pensyarah berkenaan perlu diberikan bantuan iaitu kaunseling untuk pensyarah yang ada masalah atau tekanan jiwa.- SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button