Will Smith berjiwa besar, mohon maaf secara terbuka kepada Chris Rock
PENGAJARAN bagi kedua-dua pihak, Chris Rock dan Will Smith. Rock dilempang oleh Smith kerana mempermainkan Jada Pinkett, dijadikan bahan lawak Rock dalam keadaan Pinket sakit dan kepalanya botak.
Smith pula bertindak melempang muka Rock kerana tidak suka dengan bahan lawak yang mengaitkan nama isterinya beberapa kali.
Insiden itu kemudiannnya membuatkan Smith bersikap lebih rasional dengan memohon maaf secara terbuka kepada Rock, pihak penerbit dan seluruh selebriti yang menyaksikan kejadian tersebut.
Kata Smith, tindakannya itu diselubungi perasaan dan dia mengaku, terlalu mengikut emosi.
Jika Smith berfikir secara lebih rasional, mungkin dia tidak menghadiahkan rakannya itu penampar tetapi nak apa, nasi sudah menjadi bubur. Pelempang keras Smith sudahpun hinggap ke muka Rock.
Ya, itulah yang berlaku di dunia hiburan Hollywood dalam Majlis Anugerah Akademi kelmarin.
Dalam tututan permohonan maafnya, Smith berkata, sepatutnya dia mengawal perasaannya dan tindakan ganasnya itu tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya menjadi racun yang membinasa.
Dengan nada rendah diri, Smith berkata, tindakannya pada malam Majlis Anugerah Akademi tidak boleh diterima dan tidak ada alasan yang boleh diberikan.
“Lawak jenaka yang dibuat walaupun membabitkan harga diri dan maruah saya adalah sebahagian daripada tugas.
“Tetapi apabila keadaan kesihatan Jada dijadikan bahan lawak, bagi saya, itu adalah keterlaluan. Saya tidak boleh menerimanya. Susulan itu, saya bertindak secara emosi,” kata Smith.
Oleh itu, kata Smith, dia ingin memohon maaf secara terbuka kepada Rock.
“Saya keterlaluan dan saya silap. Saya berasa amat malu atas tindakan dan apa yang saya lakukan, bukanlah sebagai seorang lelaki yang sengaja mahu melakukannya.
“Sememangnya di dunia ini, tiada tempat untuk perlakuan ganas dan kasar. Hanya kasih sayang dan sikap baik hati,” kata Smith lagi.
Sekali lagi, Smith meminta maaf kepada pihak Anugerah Akademi, penerbit majlis, semua hadirin dan mereka yang menonton di seluruh dunia.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada ahli keluarga William, Yang Teramat Mulia Raja Richard dan keluarga.
“Sesungguhnya saya menyesal dengan tindakan dan perbuatan saya yang mencacatkan majlis dan perjalanan hidup kita semua.
“Jika insiden itu tidak berlaku, ia menjadi satu perjalanan yang indah dan saya sedang memperbaiki diri,” kata Smith dalam nada penuh keikhlasan. – SM