Nasional

Ebit Lew didakwa 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual

PENDAKWAH terkenal Ebit Lew, dihadapkan di mahkamah di Tenom, hari ini, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Memetik laporan Awani , Ebit Lew, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira pukul 9 pagi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Dalam pada itu, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes tersebut selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit Lew.

Difahamkan, Ebit Lew kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal. -SM

Related Articles

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button