Big Stage: Kalau Iqbal bijak, Aina Abdul bodoh?
BERGELAR penyanyi baharu setahun jagung tetapi bakat yang besar dan potensi yang ada dalam diri Aina Abdul tidak menjadi pertikaian.
Kelmarin, dia dijemput sebagai juri Big Stage dan malam tu juga, peserta ke-12 minggu pertama kejutan produksi program pertandingan realiti televisyen itu, tampil membuat persembahan.
Ya, dimaksudkan di sini dengan empat markah diberi oleh Ajai Ahad baru ni ialah Ahmad Iqbal Zulkefli yang tersingkar daripada menjadi peserta untuk minggu ini.
Memang tidak meninggalkan apa-apa kesanpun Iqbal tersingkir atau menjadi peserta Big Stage pertama yang tersingkir.
Sepatutnya dia tidak layak menjadi peserta pun dalam pertandingan yang berkait rapat dengan industri hiburan tanah air.
Sebelum ini, apa bentuk pertandingan yang dianjurkan oleh stesyen televisyen, tidaklah dikecam seteruk Big Stage musim ini gara-gara memperlekehkan industri seni suara tanah air dengan meletakkan Iqbal sebagai peserta.
Biar apa pun alasan produksi Big Stage berikan, ia sekadar retorik hiburan untuk sama ada menutup mulut penggiat seni tanah air ataupun menambah rating sebab nak trending.
Agaknya Ania Abdul ni dah habis fikir apabila mengatakan, kehadiran Iqbal sebagai peserta Big Stage bukan sahaja berani tetapi bijak.
Bijak? Iqbal bijak? Kalau dia bijak, siapakah yang bodoh dan Aina juga tidak perlu berdiplomasi dengan mengeluarkan kenyataan, persembahan Iqbal tidak teruk kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Siapakah yang Aina bandingkan di sini?
Aina tidak perlu mencari jalan selamat kerana tidak mahu kena kutuk dengan menjuri Iqbal. Kalau Aina jujur pada seni dan budak-budak baru nak up, katakan secara jujur dan bukan diplomasi.
Dalam industri hiburan tanah air, dengan penampilan Iqbal di atas pentas pertandingan itu, ramai yang memomok-momokkan industri seni kita.
Tidak ada kualiti, menghancurkan industri muzik tanah air kerana kalau telinga tak pekak, nyanyian Iqbal pergi ke laut dalam. Sumbang, syeh!
Kalau Aina tak nak kata persembahan Iqbal teruk, bagilah diskripsi yang tepat tetang persembahan yang telah dibuat oleh pencari publisiti murahan ini.
Kalau di Instagram, sibuk tunjuk makan di gerai yang mana kalau Iqbal nak tahu, tak heran kalau makan di gerai. Jatuh standard kah? Itulah maksud yang tersirat yang ingin dinyatakan oleh Iqbal kepada khalayak kalau makan di gerai?
Rasanya Aina ni kena belajar berfikir secara lebih bijak dan bukannya mengatakan begini, “BEGITUPUN, APA SAJA OBJEKTIFNYA, SAYA BOLEH KATAKAN DIA SEORANG YANG BIJAK. DIA JUGA TAHU NAK GUNAKAN PELUANG YANG ADA. BAGI SAYA, THAT’S REALLY BRILLIANT,” – GEMPAK.
Aina terfikir tak penghinaan yang dibawa oleh peserta seperti Iqbal kepada indistri hiburan tanah air jika dipandang oleh karyawan dari negara jiran terutamanya Indonesia?
Indonesia banyak menganjurkan program pertandingan berbentuk nyanyian dan para peserta yang menyertainya, MEANS BUSINESS. Mereka walaupun sebagai peserta, tidak memalukan industri hiburan mereka.
Mereka cuba mengangkat darjat industri hiburan, seni dan muzik dengan melahirkan penyanyi-penyanyi berbakat, bersuara padu, berkualiti dan akhirnya menjadi kegilaan peminat di Malaysia.
Kalau setakat nak menghormati keberanian Iqbal, Aina tidak perlu menyatakannya kerana kalau Aina tak berani tampil di atas pentas pertandingan, kenapa dulu dia berbuat demikian?
Jangan merasakan hiburan Malaysia boleh dilacurkan semudah dan sewenang-wenangnya. Jangan merasakan hiburan di Malaysia berada di tahap rendah.
Dan akhir sekali, jangan memalukan industri hiburan, seni, nyanyian dan karyawan serta penyanyi yang masih mencari rezeki dalam bidang ini. – SM