HaiwanLuar Negara

Sanggup keluarkan RM38,172 untuk papan iklan demi kucing hilang

KUCING adalah haiwan bulus yang menjadi teman hidup yang setia dan comel, yang mana jika hilang, kita akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan kembali rakan bulus itu.

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita Jepun di Phuket yang dilaporkan sanggup mengeluarkan sejumlah wang sebanyak 300,000 baht iaitu RM38,172 untuk memasang papan-papan iklan di bandar Phuket bagi mencari dua kucingnya yang hilang sejak November lalu.

Menurut laporan berita Thaiger semalam, wanita yang dikenali sebagai Kim itu sanggup memberi ganjaran sebanyak 30,000 baht (RM3,817) bagi setiap seekor.

Seorang pekerja wanita yang berasal daripada Thailand iaitu May, berkongsi bahawa majikannya telah mengimport empat kucing dari Jepun ke Thailand.

Dua daripada empat kucing itu dikatakan terlepas kerana penghantar barang lupa menutup pintu sangkar.

Dua kucing itu adalah seekor kucing jantan berusia lima tahun bernama Goma dan kucing betina berusian enam tahun bernama Tama.

Kim dilaporkan selalu menangis sejak kejadian itu kerana dia mempunyai hubungan rapat dengan dua ekor kucing itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button