Politik

Kenapa UMNO kerjasama dengan pihak nak bunuh UMNO?

Datuk Seri Najib Tun Razak mengapa segelintir pemimpin UMNO terus memujuk supaya parti itu bekerjasama dengan Bersatu, walaupun sedar parti berkenaan mahu membunuh UMNO.

Najib berkata, akar umbi UMNO sudah lama sedar niat dan hasrat sebenar parti PPBM adalah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya.

“Sejak rakaman audio “scheme of things” terbongkar di mana PM8 dedahkan rancangan untuk sogok pemimpin-pemimpin UMNO dengan jawatan kerajaan dan GLC, kami dah sedar.

“Jadi dengan pengakuan umum parti PPBM semalam, saya harap pemimpin-pemimpin UMNO yang masih inginkan kita bekerjasama dengan PPBM akan hentikan usaha mereka.

“Kawan-kawan dalam Muafakat yang masih seru kita untuk menerima PPBM pun patut henti pujuk. Kami tetap kawan tapi jangan pujuk lagi.

“Sebab kami tak faham kenapa UMNO perlu bekerjasama dengan pihak lain bagi memudahkan niat jahat dan hasrat mereka untuk tamatkan UMNO,” kata Najib.

UMNO telah menyatakan pendirian tidak akan bekerjasama dengan mana parti yang tiada dalam komponen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Johor.

Pendirian itu dijangka kekal hingga pilihan raya kelak.

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button