Rencah Hidup

Makan kuih berasaskan pulut mengantuk: Mitos atau kenyataan?

PULUT OH PULUT.  Makan sedikit tak berasa (kenyang), makan banyak badan binasa.

Lagu pendek berunsur sindiran ini sudah kedengaran pada penulis sejak kecil lagi. Entah siapa penciptanya tapi inilah yang didendangkan jika pulut menjadi salah satu hidangan dalam majlis keramaian.

Pulut serikaya berwajah baharu.

Sekaligus ia sebagai satu peringatan supaya tidak berlebihan menikmati pulut untuk mengelak kesan tidak baik pada kesihatan.

MAZIAH MAN

Bagaimanapun kuih yang berasaskan pulut adalah antara makanan popular dalam masyarakat Melayu sejak turun-temurun.

Bagi Maziah Man, 51, dari Kampung Tengah, Kuala Perlis, Perlis, yang mengusahakan kuih berasaskan pulut, beliau berani tampil membuat anjakan kuih muih berasaskan pulut dengan memberikan “wajah baharu” tetapi tetap mengekalkan rasa asli keenakan pulut.

Related Articles
Serikaya dimasak asing sebelum dipotong persegi dan diletakkan di atas pulut serikaya berbentuk bulat.

Setakat ini, Maziah membuat pulut sambal (serunding), pulut sekaya (serimuka) pandan, pulut sekaya gula merah dan pulut inti kelapa gula merah.

Biasanya pulut sambal dibungkus dalam daun pisang dalam bentuk segi tiga manakala pulut inti pula dibungkus dalam daun pisang berbentuk nasi lemak.

Acuan lompang digunakan untuk menekap pulut berbentuk bulat.

Akan tetapi kesemua kuih ini, Maziah bentukkan bulat-bulat comel dengan menggunakan acuan lompang.

“Ia bukan sahaja nampak comel tapi senang untuk disuap ke dalam mulut,” kata sambil tersenyum.

Kata Maziah lagi, kedua-dua kuih ini juga tidak menggunakan daun pisang sebaliknya terus diletakkan dengan inti dalam bekas plastik.

Bagi pulut serikaya pandan dan gula merah pula, Maziah berkata, serikayanya dimasak asing, dipotong persegi dan diletakkan di atas pulut.

“Dengan bentuk kuih yang berbeza ini sekaligus ia memudahkan pelanggan dan mereka tetap datang untuk membeli kuih walaupun penampilan kuih yang dijual, berbeza,” ujarnya.

Pulut sambal “berwajah baru” tanpa dibalut daun pisang tapi dibentuk bulat-bulat comel dan mudah dimakan.

Setakat ini, Maziah menjual kuih dalam dua bekas iaitu RM1 (tiga biji) dan RM2 (lima biji) mengikut kehendak peniaga gerai kuih.

Maziah berkata, beliau juga meletakkan kuih jualannya di tujuh gerai kuih-muih di sekitar Kuala Perlis pada setiap hari sama ada di waktu pagi atau petang.

Rasailah keenakan kuih berasaskan pulut yang dihasilkan oleh Maziah sama ada untuk sarapan ataupun minum petang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button