Nasional

Polis Tanya 20 Soalan & Ada Buat Permohonan Maaf? Fahmi Reza Jawab Tidak!

Setelah menerbitkan grafik ‘House of Balak’ yang dimuat naik di laman sosial Twitter 3 Januari lalu, artis grafik kontroversi, Fahmi Reza dipanggil ke Bukit Aman, semalam.

Untuk soalan terakhir yang ditanya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan ada atau tidak Fahmi membuat permohonan maaf dengan tindakannya itu, jawapan Fahmi adalah tidak.

Dalam masa sama, seorang ahli politik, Wee Choo Keong turut mempersoalkan di manakah kebebasan untuk berekspresi menerusi poster tular, ‘House of Balak’.

Meninjau ke bahagian ke bahagian komen, pendukung fahaman seperti anti-monarki semakin berani mempersoalkan kedudukan institusi raja-raja Melayu.

Ada juga pengguna Twitter yang sealiran dengan Fahmi mendakwa soalan-soalan daripada PDRM ibarat pertanya daripada ‘budak sekolah’.

Poster tular ‘House of Balak’ yang dimuat naik ke media sosial 3 Januari lalu meraih perhatian ramai susulan banjir besar yang dihadapi Pahang, dikatakan berpunca daripada pembalakan tak terkawal.

Karya satira itu mendapat lebih 4,800 kali ulang ciap dan 8,300 tanda suka oleh pengguna Twitter.

(Visited 599 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button