Politik

Parti-parti politik negara sudah bersedia berhadapan PRU15?

NEGARA akan berhadapan dengan satu lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu di Johor selepas Melaka dan Sarawak. Trend mengadakan Pilihanraya Umum Negeri dahulu sebelum PRU15 memperlihatkan satu kelainan dari segi strategi parti politik UMNO.

Walaupun Menteri Besar (MB) Johor Datuk Hasni Mohammad menjelaskan bahawa Kerajaan Johor pimpinan beliau hanya ada majoriti satu kerusi di DUN Johor dan memerlukan satu mandat baru (a fresh mandate) dari rakyat Negeri Johor, pemerhati politik tidak dapat lari dari melihat ini merupakan salah satu lagi tactical strategi UMNO untuk melihat sendiri samada sokongan rakyat sudah kembali kepada UMNO sepenuhnya atau belum.

Sesungguhnya ini merupakan ujian kedua untuk parti UMNO tanpa mengambil kira keputusan Pilihanraya Umum Negeri Sarawak di mana UMNO tidak mengambil bahagian.

Sudah pasti UMNO mahu mengulangi kejayaan kemenangan 2/3 PRN Melaka diterjemahkan pula di Negeri Johor.

Pertambahan undi popular UMNO meningkat hanya 0.5% sudah cukup untuk UMNO meraih kemenangan besar di Melaka kerana peratus yang keluar mengundi amat rendah, hanya 65% sahaja.

Yang keluar mengundi pula adalah pengundi-pengundi penyokong tegar UMNO kerana jentera politik UMNO dari seluruh negara telah berkampung di Melaka selama dua minggu bagi memastikan pengundi-pengundi tegar UMNO keluar mengundi calon-calon UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Peningkatan undi serta sokongan untuk Perikatan Nasional (PN) di PRN Melaka juga memperlihatkan bahawa PN sudah mula memenangi hati rakyat jelata.

Manakala keputusan yang buruk oleh PKR dan PH di PRN Melaka memperlihatkan bahawa rakyat sudah mula sedar janji-janji manis PH pada PRU14 yang lalu adalah satu pembohongan belaka.

Ia juga memperlihatkan secara jelas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula ditolak oleh rakyat.

Seperkara lagi yang jelas kelihatan ialah rakyat sudah mula menerima kepimpinan kedua-dua Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan sebelumnya,  Tan Sri Muhyiddin Yassin, merupakan pemimpin yang benar-benar prihatin serta membantu rakyat dalam kesusahan.

Manakala rakyat juga merasakan pemerintahan 22 bulan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) merupakan satu mimpi ngeri yang mahu dilupakan.

Sekiranya selepas PRN Johor, adakah parti-parti politik negara sudah bersedia untuk berhadapan dengan PRU15 dalam waktu terdekat ini?

Sesungguh sekiranya PRU ke 15 diadakan dengan kadar segera selepas PRN Johor, pelbagai Isu Nasional akan menjadi bahan kempen Pilihanraya Umum Negara. Di antaranya:

(i). Kerajaan gagal berhadapan dengan pandemik Covid-19.

(ii). Kerajaan gagal memulihkan Ekonomi Domestik Negara.

(iii). Kerajaan gagal menarik pelabur asing melabur semula di negara ini.

(iv). Isu samada Presiden UMNO yang berhadapan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah akan bertanding dan mengetuai UMNO dan BN dalam PRU15?

(v). Isu samada bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah akan bertanding pada PRU15?

(vi). Isu Tan Sri Azam Baki dan Intergriti SPRM.

(vii). Isu Kes 1MDB yang masih lagi belum selesai.

Ini adalah antara isu-isu Nasional yang akan dihadapi oleh parti-parti politik yang akan menyertai Pilihanraya Umum ke-15 kelak.

Selebihnya, Anda Perlu Tonton … SEMBANG PANAS, JANGAN KOYAK MALAM INI.

Klik sini: https://fb.watch/aJ2qn27MpP/

Ahad 23 Januari. Jam 9 malam. TAJUK: PRU atau PAU dahulu? – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button