Nia Ramadhani, suami dihukum penjara setahun salah guna dadah
ARTIS terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie dijatuhi hukuman penjara selama setahun setelah didapati bersalah salah guna dadah.
Hakim menjatuhkan hukuman ke atas Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie dengan hukuman satu tahun penjara.
Selain mereka berdua, pemandu Nia, Zen Vivanto juga dijatuhkan hukuman yang sama iaitu penjara.
Memetik Detik News, Nia Ramadhani dinyatakan melanggar undang-undang antidadah negara itu.
“Terdakwa terbukti secara sah dan meyakinkan bersalah melakukan kesalahan turut serta penyalahgunaan dadah bagi diri sendiri yang dilakukan secara bersama-sama,” ucap Hakim Muhammad Damis.
Keputusan itu mengundang reaksi daripada netizen, termasuk ada yang menyifatkan kedua-duanya perlu dikenakan hukuman lebih lama.