Hiburan
Dakota Johnson ceburi bisnes kreatif untuk wanita
BINTANG filem Fifty Shades of Grey, Dakota Johnson menceburi dunia perniagaan dengan menjual produk kesihatan seksual berinovatif bagi golongan wanita.
Sebagai pelabur dan pengarah kreatif bersama jenama Maude, Johnson mengakui perniagaannya itu lain daripada yang lain.
Sikap keterbukaan Johnson, 32, dan masyarakat sekeliling beliau membuatkan kerjasama yang dijalin bersama Maude sejak tahun lepas, terlah menghasilkan beberapa produk kesihatan.
Jelasnya, antara produk kesihatan untuk wanita termasuk pelincir, pencuci badan dan kondom. – SUMBER HYPEBAE – SM