Hiburan

Janda anak satu pilihan Kanye West

KEHIDUPAN artis dan selebriti Hollywood tidak jauh berbeza dari dulu sehingga sekarang. Kahwin cerai dalam kalangan mereka adalah perkara biasa.

Bekas suami selebriti Kim Kardashian, Kanye West atau dikenali sebagai Ye dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang janda beranak satu.

Kisah cinta mereka disahkan oleh kekasih Ye, Julia Fox, 31, sedangkan rapper itu dikatakan memujuk bekas isterinya dengan membelikan kediaman berhampiran.

“Saya bertemu Ye di Miami pada malam tahun baru dan kami terus mempunyai hubungan yang serasi,” kata Fox yang juga pernah terlibat dalam karya The Uncut Gems.

Kata Fox lagi, Ye mempunyai energi yang sangat lucu dan beliau berasa seronok bersama kekasihnya itu kerana Ye banyak membuat mereka ketawa.


“Jadi, kami mengambil keputusan bertahan dengan energi yang sama sehingga pulang ke New York,” katanya seperti dilaporkan Daily Mail UK.

Segala kenyataan Fox yang bercinta dengan Ye dibuktikan melalui foto mereka bersama.

Fox menambah, dia tidak tahu bagaimanakah untuk mengungkapkan perasaannya tetapi hubungan mereka terjadi secara natural, umpama mimpi. – SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button